Total Pageviews

Friday, 29 April 2011

KORBAN TAQWA (episod 2)

Apabila cahaya telah datang, maka tersirnalah kegelapan, walau cahaya hanya secerah malapan lilin tetapi cukup untuk menunjukkan jalan. Bagaimana pula mereka yang berjalan dalam kegelapan? Perjalanan amat bahaya dan menyeramkan. Kegelapan memang melemaskan, tetapi bagi mereka yang tidak pernah mendapat cahaya ia tidak gusar akan kegelapan. Tetapi, jika sudah mendapat cahaya kegelapan merupakan satu ketakutan.kegelapan melemaskan….
Yusuf menutup buku yang baru dibacanya lalu meletakan diatas meja. Nantilah baca lagi. Dia menongkat dagu sambil pandangannya  dilepaskan diluar jendela. Pagi ini sungguh baik cuacanya. Redup pagi ini sambil sedikit angin meniup-niup lembut mengenai wajahnya. Mentari memancar redup tidak segarang waktu tengah hari.
Ya Allah, segala puji bagiMu yang menjadikan hari ini baik, dan menerbitkan Matahari dari tempatnya, sesungguhnya aku memohon kebaikan yang engkau sediakan hari ini dan berlindung dari apa-apa yang tidak baik hari ini, Terangilah hatiku, sebagaimana engkau menerangi dunia ini dengan cahaya mataharimu…amin..
“ Yusof…jom kita sarapan” tiba-tiba Fajar masuk kebilik dan mengejutkan yusuf.
  Oh…Yusuf..bagi le salam dulu masuk bilik tu, ni main terjah je…buatnya aku tengah salin seluar ke? Haru…!” seloroh Yusuf.
“ hahaha…baguslah…tayangan free!..hahaha..sorilah aku tak sengaja, eh..jom makan, aku lapar dah ni”
“ Awal lagi la , baru pukul 7.30 pagi, aku nak solat Dhuha jap erk..lepas solat kita gi sarapan”
“ Solat Dhuha? Solat apa tu”? Tanya Fajar kehairanan.
“ Solat Dhuha pun tak tahu? Solat ni solat sunat, waktu dia 20 minit lepas waktu syuruk dan sebelum masuk waktu zohor. Banyak fadhilat yang kita akan dapat antaranya diberkati rezeki dan di ampunkan segala dosa-dosa walaupun sebanyak buih-buih dilautan” Yusuf memberi penerangan kepada sahabatnya.
“ Oh…aku ni, dah dapat solat lima waktu pun kira syukurlah, tak mampu nak buat yang sunat-sunat ni” jawab Fajar.
“ Alhamdulillah…memang syukur dapat solat yang lima waktu ni, tetapi solat-solat sunat ini bertujuan untuk menampung segala kekurangan dalam solat Fardu”
“ Maksud kau?” Fajar masih belum faham.
“ Yela..kita pun sedar setakat mana kualiti solat Fardu kita, penuh dengan kekurangan dan kelalaian, jadi untuk menampung kekurangan dalam solat Fardu penting untuk  kita mendirikan solat-solat sunat”
“ Oh aku baru faham..eh cepatlah solat. Aku tunggu..tumpang katil ye, nak baring sekejap sementara tunggu kau solat.hehe”
“ Yela..”
“kau memang dah banyak berubah Yusuf” getus hati Fajar sambil badannya direbahkan diatas tilam milik kawannya itu.

Dahulu dialah orang selalu membuat kacau di kolej ini. Siapa tidak kenal dengan Yusuf. Romeo Kolej Seroja ini. Suka mengusik wanita. Solat? Huh..entah-entah arah kiblat pun dia tidak tahu kat mana apatah lagi hendak ke masjid solat berjemaah. Sekarang ini bukan setakat solat lima waktu, seringkali Fajar melihat dia bangun malam dan menangis-nangis berdoa. Buang tebiat kot! Erk..jangan-jangan..mintak simpang. Dia sahajalah yang Fajar rapat di Kolej itu.Tapi Yusuf memang banyak berubah. 180 darjah pusingan dia..huhu..entah apa yang menyebabkan dia tiba-tiba berubah. Jangan kata nak usik perempuan, nak tengok pun dia tak mahu. Katanya kena jaga pandanganlah…siti? Kesian siti. Di tinggal macam tu sahaja. Katanya berdosa kapel-kapel ni. Yela..dulu entah kemana dia usung si Siti tu. Dah macam belangkas. Nasib tak kena cekup dengan Tok kadi je kalau tak kahwin free la. Tapi bila suruh kawin dengan Siti dia tak mahu. Dia kata belum bersedia..masih belajar.
“ kenapa dengan Yusuf tu Fajar? Siti tengok dah lain sangat la, nak ajak keluar pun dah tak mahu” siti bertanya kepada Fajar ketika terserempak dengan Fajar minggu sudah.
“ Entahlah, masuk dek jin kot, huhu..” jawab Fajar sambil berseloroh.
“ ish..kamu ni, main-main lak..takkan kamu tak tahu, kamu kan ke kawan rapat dia” Tanya siti kembali untuk mendapatkan kepastian.
“ Kamu tanya la dia, tapi sejak dia pulang dari cuti semester ni dia memang banyak berubah, dia pun tak jawab kenapa, yang dia jawab Allah dah beri hidayah, aku pun malas nak tanya”
“ Bukan sebab perempuan yang perasan solehah tu?”
“sape,  Nur?”
“Yela!”
“ entahlah, Mungkin jugak kot..huhuhu..kamu cemburu ye” usik Fajar.
“Mestilah! tak guna punya Nur, datang sini buat kacau je!” siti geram.
“Entahlah Siti, kau tanyalah sendiri Yusuf tu, aku pun tak boleh nak jawab”

No comments:

Post a Comment