Total Pageviews

Wednesday, 27 April 2011

KORBAN TAQWA (episod 1)

KORBAN TAQWA.

Ya Allah, banyak sekali keinginanku tidak seperti keinginanMu Ya Allah,
Banyak sekali aku terpesong dari keinginanMu Ya Allah
Maka Ya Allah, jadikanlah keinginanku mengikut apa yang Kau inginkan,
Jadikanlah hatiku tunduk kepada apa yang kau inginkan,
Jadikanlah hatiku menyukai apa yang Engkau sukai…
Ya Allah, gadis itu menyebabkan aku makin jauh darimu,
Aku makin hanyut dalam kelalaian dan maksiat,
Maka ya Allah, demi cintaku kepada Mu,
Demi kasihku kepadaMu..
Aku korbankan dia demi cintaku kepada Mu,
Moga dengan ini Kau kasihan padaKu
Dan kau ampunkan dosa-dosa dan keterlanjuranku
Dan sekiranya dia tetap miliku,
Kembalikan dia pada ku sebagai wanita yang halal untuku
Amin………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Tapi kenapa bang, apa salah siti?  Tanya Siti ingin mendapatkan kepastian. Siti  tergamam dan hiba apabila Yusuf tiba-tiba ingin memutuskan hubungan yang selama ini terjalin mesra. Mengapa ingin berpisah pula sedangkan tidak ada apa-apa masalah selama hubungan mereka terjalin. Mereka saling menyayangi  dan hubungan mereka sangat mesra.
“ Maafkan abg siti, abg pun masih sayangkan siti, tapi……..”kata-kata  Yusuf terhenti di situ.
“ Tapi kenapa !, abang ada yang lain”? Siti membentak,begitu geram dan sedih  dengan keputusan mengejut Yusuf itu.
“ Tidak Siti, Sitilah satu-satunya wanita yang abang sayang selain mak abang” Yusuf menafikan kata-kata Siti.
“ Habis tu kenapa”?!
“ Entahlah siti…..” Yusuf masih belum menjawab soalan siti.
“ Takpelah bang, mungkin Siti tak layak untuk abang, abang orang baik, warak,  mana layak Siti untuk bersama dengan abang, Siti ni orang jahat, selalu tinggal solat, tak pakai tudung labuh macam Nur tu, dia layak la untuk abang! “
“ bukan sebab itu  Siti ”
“tipu! Memang dasar lelaki, suka main perasaan orang wanita, dah la! Gang!!!!” Siti menghempas kuat ganggang telefon yang dipegangnya, dia mula terduduk dan tersandar di sisi dinding rumahnya, air mata yang dari tadi mengalir semakin deras membasahi pipinya. Seakan sukar untuk menerima keputusan mengejut Yusuf.  Perasaan geram kepada Nur semakin meluap-luap. Sangkaan siti dialah punca Yusuf mula berubah hati. Cinta selama ini terjalin kini musnah. Memang sejak kebelakangan ini Yusuf banyak berubah. Dari seorang yang sosial dan nakal berubah kepada seorang pemuda yang sangat warak. Ramai yang terkejut dengan perubahan mendadak Yusuf itu dan ada juga suara sumbang yang mengatakan perubahan Yusuf ini berpunca dari kehadiran seorang pelajar baru di Kolej Seroja ini, Namanya  Nur Aisyah. Orang dia cantik dan sopan. Wanita ini bertudung labuh dan sangat baik perwatakkannya. Orang memanggilnya dengan gelaran ustazah.
“ Amboi Yusuf, sejak bila jadi pak lebai ni, dulu bukan main rockers lagi, ni semedang…… je berkopiah, mana rambut cacak kau dulu” Perli kawan-kawanYusuf sambil disambut dengan hilaian ketawa berdekah-dekah, memerli.
“Itulah korang, Ini sunnah la, , Sunnah pun tak tahu, sampai bila aku nak rockers-rockers macam dulu, umur kita bukan makin muda makin tua tahu tak!” jawab Yusuf.
“ hahahahaha….macam le kami tak tahu,  sebenarnya  kau nak ngorat Ustazah Nur tu..hahaha..jangan macam tu Yusuf, hipokrit nama dia ni , berpura-pura, sifat orang munafik, neraka paling dalam tahu? Hahaha..amacam kawan-kawan, ok tak ceramah aku? Hahaha…ingat Yusuf sorang je boleh ceramah aku pun boleh..hahaha”
“ Korang ni kenapa, kenapa sakit hati sangat tengok Yusuf berubah? biarlah dia, patut kita bersyukur dan mencontohi dia, ini tak, lagi di kondem adalah, eeeee….Syaitan je yang tak suka tengok manusia buat baik” tiba-tiba Fajar mencelah membela sahabatnya Yusuf. Geram tengok Yusuf diejek sedemikian.
“ Ah..kalau berpura-pura buat apa, tak ikhlas!” balas zabidi kembali.
“ siapa kita nak baca hati orang? Allah je tahu ikhlas ke tak ikhlas hati seseorang tu, kita tiada daya nak buat camtu!” balas Fajar.
“ Elleh, nape bukan dahulu nak berubah? Dan-dan Nur datang sini nak berubah jadi baiklah kononnya, penipu!” Zabidi tetap tidak mahu kalah bicara.
“ Kalau ye pun sebab Nur tu dia berubah, baguslah, sekurang-kurangnya dia berubah, tak le jadi macam korang, datang sini bukan nak belajar, buat kacau je, buat habis duit mak bapak je!
“ Eeee..dah le korang, jangan sebab aku korang nak bertekak, bising la, aku tak kata yang sekarang ini aku dah baik sangat, tapi aku teringin nak jadi baik, lagipun sampai bila kita nak jauh dari Allah, sedangkan dia yang menciptakan kita, beri rezeki kepada kita, banyak nikmat  dia terhadap kita tahu?!. Lagipun, dunia ni sementara je akhirat tu selamannya, kita pasti menghadap Allah dan diberi pembalasan setiap amalan yang kita lakukan. Lagi satu, aku berubah pun bukan sebab Nur tu, takde kaitan langsung!, aku berubah sebab Allah dah buka pintu hati aku untuk berubah, hidayat di tangan Allah, diberi kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Aku pun bukan baik sangat, baru nak belajar-belajar solat, dah lama aku tak solat tahu tak?! Dah le hidup penuh dengan maksiat. Aku tak nak mati macam ni!

Bersambung……………………………………………………………………………………………………………….



No comments:

Post a Comment